fb fb fb fb fb

Bomba bergelut padam kebakaran hutan di Pulau La Palma

(Foto Reuters)

TIJARAFE, 17 Julai- Lebih 300 anggota bomba ditugaskan bagi mengawal kebakaran hutan di Pulau La Palma, Sepanyol, pada Ahad.

Kebakaran hutan yang tidak terkawal itu telah memusnahkan kawasan seluas 4,650 hektar, selain memaksa 4,000 penduduk kampung berhampiran berpindah.

Api yang marak dapat dilihat di Puntagorda, kawasan hutan di utara pulau itu ketika kebakaran bermula.

Anggota bomba dibantu unit kecemasan tentera Sepanyol telah bergelut untuk mengawal kebakaran hutan di pulau itu.

Ia merupakan sebahagian daripada kepulauan Canaries di luar pantai barat Afrika yang mengalami suhu melampau, sama seperti dilihat dalam gelombang panas yang melanda selatan Eropah.-REUTERS

(Sebahagian anggota bomba bertugas memadam kebakaran/Foto Reuters)

Media Baharu