fb fb fb fb fb

Skyline Edmonton, Kanada diselubungi asap kebakaran

KANADA, 17 Julai - Bandar Edmonton diselubungi asap jerebu akibat daripada kebakaran hutan.

Kawasan timur Kanada mengalami kebakaran hutan paling teruk, manakala pelepasan kebakaran hutan mencapai rekod tertinggi.

Kira-kira 24 juta ekar (10 juta hektar) telah terbakar di seluruh negara itu sejak Mei.

Di Quebec, tentera Kanada dikerahkan untuk membantu pemindahan kecemasan di utara wilayah itu, kata Menteri Kesiapsiagaan Kecemasan Kanada Bill Blair pada Jumaat.

Di British Columbia, kira-kira 2,000 anggota bomba dikerahkan bagi membantu memadamkan kebakaran. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu