fb fb fb fb fb

4 maut bot karam di Sungai Buriganga, Bangladesh

(Foto Reuters)

DHAKA, 17 Julai- Sekurang-kurangnya empat orang maut apabila bot yang membawa 40 penumpang karam di Sungai Buriganga, dekat ibu negara Bangladesh.

Jurucakap polis, Hasan Ali berkata bot itu dilanggar sebuah kapal kargo yang membawa muatan pasir berhampiran pelabuhan Sadarghat.

Belum dapat dipastikan jumlah sebenar mangsa terlibat.

"Kita tidak tahu berapa ramai yang masih hilang dan operasi menyelamat sedang dijalankan," katanya.

Bagaimanapun akhbar harian Bengali, Prothom Alo melaporkan, antara 25 hingga 30 orang dipercayai hilang.

Operasi menyelamat digerakkan melibatkan pasukan penyelam.

Kemalangan seperti itu disifatkan perkara biasa di laluan air di Bangladesh yang digunakan puluhan ribu orang.

Pakar menyalahkan penyelenggaraan yang lemah, selain piawaian keselamatan yang longgar di limbungan kapal dan kesesakan berlebihan menyebabkan banyak kemalangan berlaku.-AFP

(Foto Reuters)

Media Baharu