LONDON, 6 Ogos - Seramai 378 penunjuk perasaan ditahan sejak rusuhan di seluruh Britain susulan insiden serangan pisau maut yang menyebabkan tiga kanak-kanak terbunuh seminggu lalu.
Perkara itu disahkan oleh seorang pegawai tinggi pada Isnin.
"Kami menjangkakan jumlah itu akan meningkat setiap hari kerana pasukan sedang mengenal pasti mereka yang terlibat dan akan menangkap mereka yang bertanggungjawab," kata Ketua Polis Gavin Stephens, yang mengetuai Majlis Ketua Polis Kebangsaan (NPCC).
Katanya, pihak polis bekerja tanpa henti untuk mengenal pasti dan menangkap mereka yang bertanggungjawab terhadap rusuhan dan serangan tersebut.
Dalam kejadian pada 1 Ogos, seorang remaja lelaki berumur 17 tahun didakwa kerana membunuh tiga kanak-kanak perempuan dan cubaan membunuh 10 mangsa lain dalam serangan pisau semasa kelas tarian bertemakan Taylor Swift.
Mangsa, Bebe King (6 tahun), Elsie Dot Stancombe (7 tahun) dan Alice Dasilva Aguiar (9 tahun). - AFP