NEW DELHI, 5 Ogos - India meningkatkan keselamatan di Suruhanjaya Tinggi Bangladesh, di sini pada Isnin susulan perletakan jawatan Sheikh Hasina sebagai Perdana Menteri dan melarikan diri dari negara itu.
Ramai terbunuh akibat daripada rusuhan yang mendesak Hasina supaya berundur.
Ketua tentera Jeneral Waker-Uz-Zaman mengumumkan peletakan jawatan Hasina dalam ucapan di televisyen dan berkata kerajaan sementara akan dibentuk.
Laporan media berkata Hasina, 76, diterbangkan dengan helikopter tentera bersama-sama keluarganya ke India.
Saluran televisyen CNN, berkata Hasina tiba di Agartala, ibu negeri Tripura di timur laut India. - REUTERS