fb fb fb fb fb

Jawatankuasa Kesihatan Lubnan lawat tapak serangan di Beirut

Bilal Abudllah/ Foto Reuters

BEIRUT, 5 Ogos - Anggota jawatankuasa kesihatan parlimen Lubnan pada Isnin melawat lokasi pembunuhan komander Hizbullah Fuad Shukr dalam satu serangan pada minggu lalu.

"Tiada siapa yang mahu perang, kita tahu akibat perang menyeluruh yang dimahukan Israel ini, tetapi jika ia berlaku, kita (bersama) menanganinya," kata ketua jawatankuasa kesihatan, Bilal Abudllah.

Jawatankuasa itu juga melawat hospital Bahman, berhampiran tapak yang rosak.

Ketegangan di rantau itu meningkat pada minggu lalu berikutan pembunuhan di Tehran terhadap ketua Hamas dan serangan Israel ke atas pinggir bandar Beirut yang mengorbankan seorang komander tertinggi dalam kumpulan Hizbullah Lubnan.

Hizbullah dan Iran telah berikrar untuk membalas dendam terhadap Israel atas pembunuhan itu. - REUTERS

TETITIA YUSOFF