KIEV, 4 Mac- Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan pada pada Khamis, pencerobohan ke atas Ukraine akan tetap diteruskan seperti dirancang meski mendapat tentangan dan tekanan hebat antarabangsa.
Amaran itu disuarakan ketika Kiev berjaya memeterai perjanjian dari Moscow berkenaan koridor kemanusiaan untuk rakyat Ukraine melarikan diri.
Tidak jelas bagaimana ia akan berfungsi, namun desakan pelaksanaan koridor itu susulan kebimbangan apabila Rusia menawan bandar utama Ukaraine dan berpuluh-puluh orang terkorban.
Pertempuran itu juga dijangka memasuki fasa baharu yang lebih mengancam nyawa.
Seperti Putin, Presiden Ukraine, Volodymr Zelensky juga tidak menunjukkan tanda untuk berundur selepas lapan hari negara itu berada dalam konflik, sambil berikrar, Russia akan memahami perkataan 'pembalasan' dan menyeru negara Barat meningkatkan bantuan ketenteraan.
"Jika kita tiada lagi, Latvia, Lithuania dan Estonia akan menjadi sasaran seterusnya," katanya pada sidang media sambil menegaskan rundingan terus dengan Putin adalah satu-satunya penyelesaian untuk menghentikan perang tersebut.
(Pelarian Ukraine / Foto AFP)
Sebilangan besar komuniti antarabangsa menyokong rakyat Ukraine termasuk melalui media sosial susulan Putin mengarahkan tenteranya melancarkan perang pada 24 Februari lalu, menyaksikan Rusia dipinggirkan dalam urusan global membabitkan kewangan, diplomasi, sukan dan kebudayaan.
Penganalisis Barat berpendapat, tentera penceroboh sudah terperangkap tetapi memberi amaran, kegagalan awal itu boleh mendorong Moscow untuk melepaskan semua kuasanya ke atas Ukraine.
Kenyataan Putin pada Khamis tidak menghapuskan kebimbangan itu.
"Russia sedang menghapuskan 'neo-Nazi' dan tidak akan berputus asa dengan fahaman bahawa Russia dan Ukraine adalah 'satu rakyat'," katanya.
Sementara itu, Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang bercakap dengan Putin pada Khamis berkata, beliau percaya sesuatu yang paling buruk akan berlaku.
Ketika ini, tentera Rusia berjaya menakluk utara ibu negara Ukraine, iaitu Kherson, bandar Laut Hitam yang mempunyai kira-kira 290,000 penduduk.
Tentera Rusia juga menawan bandar pelabuhan Mariupol di timur Kherson, yang tidak mempunyai bekalan air atau elektrik ketika musim sejuk.- AFP