fb fb fb fb fb

COVID-19: Penduduk dunia kekal ambil langkah berjaga-jaga elak penularan

(Gambar diambil pada 3 Mac 2022 menunjukkan penduduk berbaris untuk menjalani ujian asid nukleik di Harbin China/AFP)

PARIS, 4 Mac- Pandemik COVID-19 di seluruh dunia belum menunjukkan bahawa penularan penyakit itu boleh dikawal sepenuhnya. Berikut perkembangan terbaru krisis kesihatan COVID-19.

-PIL ANTIVIRUS DILULUSKAN-

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata pil anti-Covid Merck, molnupiravir perlu diambil penghidap yang mengalamai gejala ringan tetapi mempunyai risiko tinggi jika dimasukkan ke hospital seperti warga tua atau mereka yang tidak divaksinasi.

-PERANCIS TAMATKAN PAS VAKSIN-

Menjelang 14 Mac ini, Perancis akan menamatkan kebanyakan sekatan COVID-19 dan memansuhkan keperluan pas vaksin untuk syarat makan di luar atau restoran juga menghadiri acara sosial.

-AMERIKA SYARIKAT KEHABISAN PERUNTUKA COVID-

White House memohon Kongres meluluskan dana kecemasan memerangi COVID-19 sebanyak AS$22.5 bilion. Ia disebabkan peruntukan sebelum ini hampir habis dibelanjakan, menurut kenyataan pegawai pusat pentadbiran kerajaan AS itu.

-SARINGAN BESAR-BESARAN HONG KONG DIKRITIK-

Seorang  pakar COVID-19 Hong Kong, ahli mikrobiologi, Yuen Kwok-yung turut serta mengkritik rancangan kerajaan untuk menjalankan ujian saringan COVID-19 besar-besaran di seluruh bandar. Kwok-yung menyifatkan tindakan yang dilakukan semasa pandemik terburuk akan memberi kesan yang kurang memuaskan.

(Penduduk memakai peralatan perlindungan diri ketika membeli barangan basah di Hong Kong/AFP)

-SRI LANKA TAMATKAN DASAR PENGEBUMIAN MAYAT ISLAM-

Kerajaan Sri Lanka menamatkan dasar kontroversi memerlukan mayat orang Islam positif COVID-19 dikebumikan di kawasan khas yang ditentukan kerajaan tanpa kehadiran waris atau majlis berkaitan.

-HAMPIR ENAM JUTA ORANG MATI-

Virus COVID-19 sudah menyebabkan sekurang-kurangnya 5,969,893 terbunuh sejak pandemik mula menular dari China pada penghujung Disember 2019. Data itu berdasarkan kemas kini AFP.

Amerika Syarikat merekodkan kematian paling banyak iaitu 954,519, diikuti Brazil 650,000 dan India 514,388 orang.

Mengambil kira data akses kematian berkaitan COVID, WHO menganggarkan jumlah kematian sebenar lebih tinggi antara 2 atau 3 kali. –AFP

Media Baharu