fb fb fb fb fb

Rusia serang Zaporizhzhia, sembilan orang termasuk kanak-kanak cedera

FOTO FAIL REUTERS

KIEV, 23 September- Sekurang-kurangnya sembilan orang awam, termasuk seorang kanak-kanak, cedera akibat serangan udara Rusia ke atas bandar tenggara Zaporizhzhia pada Ahad, kata pegawai Ukraine.

Pasukan penyelamat telah memindahkan keluar penduduk dari beberapa bangunan pangsapuri yang rosak, menurut Kementerian Dalam Negeri Ukraine dalam aplikasi mesej Telegram. Kementerian itu menyatakan berdasarkan maklumat awal, Rusia menggunakan bom udara berpandu KAB untuk menyerang Zaporizhzhia.

Baik Rusia mahupun Ukraine menafikan menyerang orang awam dalam konflik mereka, tetapi ribuan orang awam telah terbunuh, kebanyakannya rakyat Ukraine dalam perang yang dilancarkan oleh Moscow dengan pencerobohan berskala penuh pada Februari 2022.

Perkhidmatan kecemasan Ukraine menyiarkan video di halaman Facebook mereka yang menunjukkan penyelamat berusaha membersihkan serpihan, membuka laluan masuk ke pangsapuri, dan merawat orang yang cedera pada waktu malam di hadapan bangunan kediaman yang rosak.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE