fb fb fb fb fb

Rusia salahkan Kiev punca kebakaran terminal gas di pelabuhan Baltik

Kediaman rosak di bandar Lyman, Donetsk/AFP

MOSCOW, 22 Januari- Kremlin menyalahkan Ukraine atas serangan yang mencetuskan kebakaran di terminal gas di pelabuhan Baltik Ust-Luga pada Ahad.

Gas milik Novatek, pengeksport gas asli cecair (LNG) terbesar Rusia, dibakar di bandar pelabuhan barat, dekat dengan sempadan Rusia dengan Estonia.

"Tentera Kiev terus menunjukkan kekejamannya. Mereka menyerang infrastruktur awam, orang ramai," kata jurucakap Kremlin Dmitry Peskov kepada pemberita ketika ditanya mengenai insiden itu.

Terminal gas adalah lebih daripada 850 kilometer dari Ukraine.

Kebakaran itu merupakan serangan terbaru ke atas kemudahan tenaga Rusia. Minggu lalu Kiev mengaku bertanggungjawab atas dua serangan lain, termasuk satu di wilayah Leningrad yang sama di mana Ust-Luga berada.

Kedua-dua negara Rusia dan Ukraine menggunakan dron sarat dengan bahan letupan untuk cuba menyerang sasaran jauh.

"Kementerian pertahanan dan sumber pertahanan udara sedang mengambil semua langkah yang perlu untuk melindungi daripada serangan sedemikian," kata Peskov kepada pemberita.

Bagaimanapun pihak berkuasa tempatan berkata tiada kecederaan akibat kebakaran tersebut dan semua kakitangan telah dipindahkan.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI