ISLAMABAD, 22 Januari- Menteri Luar Iran Hossein Amir-Abdollahian akan melawat Pakistan minggu depan sebagai usaha untuk membina semula hubungan kedua-dua negara.
Duta besar kedua-dua negara juga telah diminta untuk bertugas ke jawatan masing-masing pada 26 Januari, kata Kementerian Luar Pakistan dalam satu kenyataan.
Pakistan telah memanggil semula dutanya ke Tehran dan tidak membenarkan rakan sejawatannya kembali ke Islamabad, serta membatalkan semua penglibatan diplomatik dan perdagangan peringkat tinggi.
"Atas jemputan Menteri Luar Pakistan Jalil Abbas Jilani; Menteri Luar Republik Islam Iran, Hossein Amir Abdollahian, akan melakukan lawatan ke Pakistan pada 29 Januari 2024," kata kenyataan Kementerian Luar Pakistan.- REUTERS