fb fb fb fb fb

Perjalanan darat, udara dihentikan akibat ribut Isha

Ombak tinggi selepas dilanda Ribut di Porthleven, Britain/Jo-Shreeve/REUTERS

LONDON, 22 Januari- Rangkaian kereta api Britain terganggu, penerbangan dibatalkan dan beribu-ribu rumah terputus bekalan elektrik selepas dilanda ribut Isha pada Isnin.

Scotland paling teruk dilanda apabila angin ribut dengan kekuatan lebih 144 kilometer per jam menyebabkan semua perkhidmatan kereta api dibatalkan.

Puluhan penerbangan dari lapangan terbang Edinburgh dan Glasgow juga dibatalkan.

Kereta api di beberapa bahagian selatan England terjejas termasuk perkhidmatan antara London ke Lapangan Terbang Gatwick.

UK Power Networks berkata bekalan elektrik dipulihkan kepada kebanyakan kediaman di timur dan tenggara England. Namun bekalan elektrik kira-kira 45,000 rumah di Ireland Utara masih belum disambung.

Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam turut membatalkan berpuluh-puluh penerbangan yang dijadualkan pada Isnin sebagai langkah pencegahan berikutan keadaan angin kencang dijangka berlaku di Belanda.

Syarikat penerbangan juga membatalkan 102 penerbangan masuk dan keluar dari Dublin pada Ahad.

Perkhidmatan kereta api Scotland akan terjejas sehingga Network Rail Scotland telah memeriksa trek untuk kerosakan berikutan ribut, kata

ScotRail dalam satu hantaran di X berkata, Network Rail Scotland telah memeriksa trek berikutan ribut Isha.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI