fb fb fb fb fb

Rusia pulang lebih 500 mayat tentera Ukraine

FOTO AFP

KYIV, 8 November- Ukraine menerima sejumlah 563 mayat tenteranya daripada pihak berkuasa Rusia, kebanyakan adalah anggota yang terkorban dalam pertempuran di wilayah Donetsk, timur Ukraine.

Pertukaran mayat dan tahanan antara sedikit bentuk kerjasama yang berlaku antara Moscow dan Kyiv sejak serangan Rusia pada 2022.

"Mayat 563 tentera Ukraine telah dipulangkan ke Ukraine," kata Pusat Koordinasi Rawatan Tahanan Perang dalam kenyataan di media sosial hari ini.

Ini merupakan pemulangan mayat tentera Ukraine terbesar sejak perang bermula.

Kenyataan tersebut memaklumkan 320 mayat dipulangkan dari Donetsk dan 89 tentera terkorban berdekatan Bakhmut, yang ditawan Rusia pada Mei tahun lalu selepas pertempuran sengit.

Sementara itu, 154 mayat lagi dipulangkan dari rumah mayat di Rusia.

Namun, jumlah sebenar tentera yang terkorban dalam pertempuran tidak didedahkan oleh kedua-dua pihak. -AFP

SITI AISHAH MD ISA