KIEV, 18 Ogos- Rusia melancarkan peluru berpandu balistik ketiganya ke atas Kiev pada Ogos namun data awal menunjukkan semua serangan udara telah dimusnahkan ketika mendekati bandar itu, kata pentadbiran tentera Ukraine.
"Ini sudah menjadi serangan balistik ketiga ke atas ibu Kiev pada Ogos. Setiap serangan dilancarkan hanya dengan selang masa enam hari," kata Ketua Pentadbiran Tentera Kiev Serhiy Popko, menerusi Telegram.
"Menurut maklumat awal, Rusia sekali lagi melancarkan serangan untuk kali ketiga berturut-turut, kemungkinan besar menggunakan peluru berpandu balistik Korea Utara," tambahnya.
Popko menambah, unit pertahanan udara Ukraine turut memusnahkan beberapa dron yang dilancarkan oleh Rusia.
Bagaimanapun skop serangan itu tidak jelas namun tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan berikutan serangan berkenaan.
Seorang saksi memberitahu Reuters, mendengar letupan yang berbunyi seperti sistem pertahanan udara pada Ahad, namuan letupan berkenaan tidak dapat dipastikan oleh Reuters.
Kira-kira dua jam selepas serangan awal, Kiev, wilayah sekitarnya dan kebanyakan kawasan tengah dan timur laut Ukraine berada bawah amaran baharu.
Menurut Tentera Udara Ukraine, lebih banyak ancaman peluru berpandu akan menuju ke bandar itu.- REUTERS