BEIJING, 18 Ogos- Presiden Vietnam To Lam tiba di China pada Ahad untuk lawatan tiga hari ke negara tembok besar itu.
Media kerajaan China CCTV memetik laporan Kementerian Luar Beijing berkata, lawatan itu termasuk pertemuan dengan Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menteri China Li Qiang.
Presiden Vietnam, yang dinaikkan bulan ini ke jawatan tertinggi negara akan melawat beberapa lokasi China, tambah CCTV.
China dan Vietnam menjalin hubungan diplomatik sejak tahun 1950. Pada tahun 2008, kedua-duanya mewujudkan perkongsian strategik komprehensif.
Sementara itu pada tahun 2013 ia diperkukuh lagi dengan kerjasama secara bersama untuk menangani lebih banyak isu antarabangsa dan serantau yang menjadi perhatian.
Pertemuan itu dilihat akan mengeratkan hubungan rapat antara kedua-dua negara komunis itu.
China menyifatkan lawatan Lam sebagai satu langkah lebih jauh dalam memperkukuh hubungan kedua-dua negara.
Ia "permulaan yang baik" kepada pembinaan "komuniti masa depan antara China-Vietnam yang membawa kepentingan strategik".
Lawatan ke Republik China merupakan yang pertama sejak Lam memegang jawatan sekali gus "mencerminkan sepenuhnya kepentingan kepada pembangunan hubungan antara kedua-dua pihak dan negara".
Kedua-dua negara dijangka akan menandatangani lebih daripada 10 perjanjian pada Disember lalu termasuk mengukuhkan kerjasama dan pembangunan kereta api serta mewujudkan komunikasi untuk menangani insiden tidak dijangka di Laut China Selatan.
Bagaimanapun butiran perjanjian itu tidak didedahkan kepada umum.- REUTERS