fb fb fb fb fb

Rusia lancarkan serangan besar-besaran ke atas bandar utama di Ukraine

(FOTO AFP)

KIEV, 23 Jun- Wilayah timur Lugansk dan bandar utama di Severodonetsk, Ukraine menjadi sasaran pengeboman besar-besaran oleh tentera Rusia, semalam.

Tentera Moscow kini melancarkan serangan lebih agresif sejak serangan pertama berbulan lalu.

Presiden Rusia, Vladimir Putin, mengetatkan kekuasan mereka di bandar Severodonetsk, Donbas, dan kini ke Lysychansk yang menghadapi serangan lebih berat.

Gabenor wilayah Lugansk, Sergiy Gaiday, berkata tentera Rusia memusnahkan segala-galanya di Lysychansk merangkumi kedua-dua bandar.

Dengan menguasai kedua-dua bandar itu, kawalan Moscow ke seluruh Lugansk telah membenarkan Rusia memberikan tekanan lebih kuat kepada Donbas.

(Kemelut Rusia-Ukraine masih berterusan dan semakin membimbangkan dengan mengorbankan banyak nyawa/AFP)

Selepas diusir dari Kiev dan bahagian lain di Ukraine, Moscow juga sedang berusaha untuk merebut kawasan timur yang luas di negara itu, dengan pengeboman harian berterusan di bahagian lain Ukraine.

Sementara itu, pasukan 'Doctors Without Borders' berkata, pihaknya sudah mengumpulkan data mengenai keganasan yang berlaku sehingga mengenepikan perlindungan kepada orang awam sepanjang peperangan berlaku.

Menurut laporan, kebanyakan pesakit terpaksa dipindahkan menggunakan kereta api.

Di bandar selatan Mykolaiv, dua kemudahan penyimpanan bijirin terkena serangan peluru berpandu Rusia, malah dua dron juga telah melanggar kilang penapisan minyak di wilayah Rostov semalam, sehingga menyebabkan letupan dan kebakaran. - AFP

Media Baharu