fb fb fb fb fb

Badan amal Pakistan bantu mangsa gempa

(FOTO REUTERS)

KARACHI, 23 Jun- Badan amal terbesar di Pakistan, Yayasan Edhi pada Rabu telah menghantar empat buah ambulans dan pasukan penyelamat ke Afghanistan susulan kejadian gempa yang mengorbankan sekurang-kurangkan 1,000 nyawa.

Menurut pegawai kanan yayasan, Saad Edhi ambulans berkenaan dihantar terus ke kawasan yang terkesan.

"Empat buah ambulans telah dihantar ke kawasan yang dilanda gempa," katanya kepada Reuters.

(Ambulan yang diletakkan di luar pejabat pusat Yayasan Edhi/REUTERS)

Pusat Pemantauan Geologi Amerika Syarikat merekodkan pusat gempa berlaku kira-kira 44 kilometer dari bandar Khost, berhampiran sempadan Pakistan.

Pusat Seismologi Eropah-Mediterania menerusi laman Twitternya pula memaklumkan, gegaran tersebut turut dirasai di Pakistan dan India.-REUTERS

Berita berkaitan
Sekurang-kurangnya 1,000 maut dalam gempa bumi Afghanistan

Media Baharu