fb fb fb fb fb

Lawatan Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov ke Iran tingkat kerjasama tenaga

(FOTO REUTERS)

TEHRAN, 23 Jun - Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov tiba di Iran untuk meningkatkan perdagangan dan kerjasama tenaga ketika kedua-dua negara bergelut dengan sekatan ekonomi Barat.

Tehran dan Moscow mempunyai rizab minyak dan gas yang besar tetapi dikekang oleh sekatan yang mengehadkan keupayaan kedua-dua negara untuk mengeksport keluaran mereka.

“Setelah tiba di Tehran, Lavrov bertemu dengan Presiden (Ebrahim) Raisi,” lapor laman web stesen televisyen negara Iribnews, tanpa mengulas lanjut.

Semasa lawatan dua harinya, diplomat tertinggi Rusia itu dijangka berbincang dengan pegawai Iran mengenai "perjanjian nuklear 2015, situasi di Ukraine, Syria dan Afghanistan serta meningkatkan kerjasama komersial dan tenaga", tambah Iribnews.

Lavrov dijadualkan bertemu dengan rakan sejawatannya dari Iran, Hossein Amir-Abdollahian hari ini, kata agensi berita rasmi IRNA.

Presiden melawat Moscow pada Januari dan berkata beliau telah membentangkan kepada rakan sejawatannya Vladimir Putin draf dokumen mengenai kerjasama strategik yang akan mengukuhkan kerjasama untuk dua dekad akan datang.

Pada akhir Mei, Timbalan Perdana Menteri Rusia Alexander Novak mengetuai delegasi besar melawat Tehran selepas pencerobohan Rusia di Ukraine menyebabkan harga minyak dan gas global melonjak. -AFP

(Sergei Lavrov bertemu Presiden Iran Ebrahim Raisi semasa lawatan ke Tehran/AFP)

Media Baharu