fb fb fb fb fb

Iceland naikkan lagi kadar faedah utama

(FOTO REUTERS)

REYKJAVIK, 23 Jun- Bank pusat Iceland menaikkan kadar faedah utamanya sebanyak satu mata peratusan ketika negara itu menghadapi prospek ekonomi global yang tidak menentu.

Kenaikan itu, yang menjadikan kadar utama meningkat kepada 4.75%, diputusan berikutan inflasi yang mencecah 7.6% pada Mei, kata Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) bank itu dalam satu kenyataan.

"MPC menganggap dasar monetari perlu diketatkan lagi bagi memastikan inflasi mereda kembali kepada sasaran dalam tempoh yang boleh diterima," katanya.


(Foto hiasan)

MPC menambah ia akan bertindak balas terhadap perkembangan ekonomi jangka pendek, dengan prestasi ekonomi domestik lebih baik daripada jangkaan tetapi jangkaan perniagaan dan isi rumah menjadi reda, dan inflasi terus meningkat.

Kali terakhir bank pusat itu menaikkan kadar utamanya adalah pada awal Mei, juga sebanyak satu mata peratusan. -AFP

Media Baharu