(Logo "Wikipedia" dilihat pada skrin tablet di Paris/AFP)
SAN FRANCISCO, 23 Jun- Google bersetuju untuk membayar perkhidmatan Wikipedia yang ditambah baik, sebahagian daripada trend yang semakin meningkat untuk gergasi teknologi Amerika Syarikat itu untuk membuat perjanjian komersial dengan syarikat web lain.
Yayasan Wikimedia, badan amal yang menyelia ensiklopedia dalam talian berkata Google ialah pelanggan pertama yang membayar untuk usaha komersialnya Wikimedia Enterprise, yang dilancarkan tahun lepas.
Arkib Internet, sebuah organisasi bukan bermotif keuntungan dan pengendali laman Wayback Machine yang menyimpan gambar laman web untuk membetulkan pautan Wikipedia, akan ditawarkan perkhidmatan komersial secara percuma.
"Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan mereka berdua sebagai rakan kongsi jangka panjang kami," kata Lane Becker dari Wikimedia dalam satu kenyataan.
Wikipedia, salah satu laman web yang paling banyak dikunjungi di dunia, adalah percuma untuk digunakan, dikemas kini oleh sukarelawan dan bergantung pada derma untuk terus bertahan. -AFP
(FOTO REUTERS)