fb fb fb fb fb

Satu daripada lima individu di AS alami 'long COVID'

(Foto fail AFP)

WASHINGTON, 23 Jun- Hampir seorang daripada lima dewasa di Amerika Syarikat (AS) yang pernah dilaporkan menghidap COVID-19 masih mengalami gejala berpanjangan atau 'long COVID'.

Pegawai kesihatan AS berkata, laporan itu hasil data tinjauan yang dikumpulkan sepanjang dua minggu pertama bulan ini.

Data itu juga menunjukkan, seorang daripada 13 individu dewasa di AS mengalami gejala 'long COVID' selama tiga bulan atau lebih selepas pertama kali dijangkiti penyakit itu.

Ia hasil data yang dikumpulkan antara 1 hingga 13 Jun lalu oleh Biro Banci AS dan analisa daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), AS.

(Foto fail AFP)

Gejala 'long COVID' merangkumi keletihan, degupan jantung yang cepat, sesak nafas, kesukaran kognitif, sakit kronik, kesan tidak normal pada deria dan kelemahan otot.

Gejala itu juga boleh membuatkan badan lesu sehingga berminggu-minggu atau berbulan-bulan selepas pulih daripada jangkitan awal wabak berkenaan.

Dalam masa sama, analisa CDC turut mendapati individu dewasa yang muda lebih berkemungkinan mengalami gejala berterusan berbanding orang dewasa yang lebih berusia.

Bahkan, 9.4 peratus golongan wanita juga lebih berkemungkinan menghidap COVID-19 yang lama berbanding 5.5 peratus lelaki.

Tinjauan mendapati hampir sembilan peratus individu dewasa berbangsa Amerika Latin mengalami gejala 'long COVID-19' yang lama, berbanding orang dewasa berkulit putih dan berkulit hitam bukan Amerika Latin. -REUTERS

Media Baharu