fb fb fb fb fb

Penarafan kredit global akan alami penurunan, kesan kehilangan biodiversiti

(FOTO REUTERS)

LONDON, 23 Jun- Dunia akan kehilangan biodiversiti global besar-besaran sehingga menyebabkan kelembapan ekonomi secara serius pada penguhujung dekad ini.

Menurut laporan pertama kajian yang diterbitkan oleh sekumpulan universiti di Britain semalam, perkara itu juga telah mengurangkan lebih daripada separuh penarafan kredit kerajaan di dunia termasuk China.

Pelbagai senario telah diambil kira termasuklah isu keruntuhan ekosistem utama yang memusnahkan industri pertanian dan perikanan.

Malah, kajian turut menganggarkan kesan buruk itu akan menyebabkan 59 peratus daripada 26 negara akan menghadapi sekurang-kurangnya penurunan penarafan kredit satu tahap.

Perkara ini akan menyebabkan kos faedah bertambah setiap tahum antara AS$28 (RM123.27 bilion) hingga AS$53 bilion (RM233.33 bilion).

(Penurunan penarafan bakal memberi kesan kepada dunia sehingga menyebabkan kelembapan ekonomi secara serius/ REUTERS)

Pada masa sama, bahawa kos hutang tambahan itu bermakna kerajaan mempunyai lebih perbelanjaan termasuk kadar gadai janji juga akan meningkat.

Berdasarkan kajian University of East Anglia, Cambridge, Sheffield Hallam University dan SOAS University of London, China dan Malaysia dijangka akan terjejas teruk.

Ini berikutan penurunan penarafan lebih daripada enam takuk dalam senario keruntuhan separa.

Manakala di India, Bangladesh, Indonesia dan Ethiopia akan menghadapi penurunan taraf kira-kira empat takuk, dengan hampir satu pertiga daripada negara yang dianalisis akan melihat penurunan lebih daripada tiga takuk. -REUTERS



Media Baharu