SEOUL, 4 November - Setiausaha Pertahanan, Amerika Syarikat (AS), Pete Hegseth, menerima sambutan ketenteraan daripada Menteri Pertahanan Korea Selatan, Ahn Gyu-back, di Seoul pada Selasa menjelang Mesyuarat Perundingan Keselamatan.
Kedua-dua pemimpin itu memasuki lokasi upacara dengan memberi tabik hormat sebelum menaiki pentas sambil lagu kebangsaan Korea Selatan dan AS dimainkan oleh pancaragam tentera.
Hegseth dan Ahn kemudian memeriksa perbarisan pasukan kehormat menaiki kenderaan.
Terdahulu, Hegseth dan Ahn melawat Zon Bebas Tentera (DMZ) di sempadan Korea Utara sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi Setiausaha Pertahanan AS ke Korea Selatan.
Lawatan Hegseth ke DMZ yang dikawal ketat itu diadakan menjelang rundingan yang dijangka membincangkan matlamat Washington untuk menilai semula peranan pasukan tentera AS di Korea. -REUTERS