MOSCOW, 17 Ogos - Rusia pada Sabtu mendakwa tenteranya berjaya menguasai dua lagi penempatan, sementara Ukraine melaporkan kejayaan menembak jatuh ratusan dron Rusia dalam tempoh 24 jam.
Kementerian Pertahanan Rusia dalam kenyataan memaklumkan dua penempatan tersebut terletak di wilayah Dnipropetrovsk dan Donetsk.
Selain itu, tentera Rusia turut menyerang depot peluru dan kemudahan penyimpanan dron jarak jauh Ukraine, sekali gus memusnahkan lima bom pandu udara, sebuah roket HIMARS buatan Amerika Syarikat serta 169 dron.
Dalam perkembangan berasingan, Tentera Udara Ukraine melaporkan Rusia melancarkan sebuah peluru berpandu balistik dari malam Jumaat hingga awal pagi Sabtu.
Sementara itu, Angkatan Tentera Ukraine mengesahkan sebanyak 139 pertempuran darat berlaku antara kedua-dua pihak dalam tempoh 24 jam.
Pasukan Ukraine turut menyasarkan kawasan penumpuan peralatan ketenteraan Rusia, pos arahan serta depot peluru, dengan mendakwa berjaya memusnahkan 152 dron Rusia. -REUTERS