OIMBRA, 17 Ogos – Pasukan bomba Unit Kecemasan Tentera Sepanyol bertungkus-lumus memadam kebakaran hutan sehingga lewat malam Sabtu di kawasan Oimbra, Galicia.
Kerajaan wilayah memaklumkan lebih 47,000 hektar telah musnah dijilat api setakat ini, sekali gus menjadikan musim kebakaran hutan kali ini sebagai yang terburuk dalam sejarah rekod Galicia.
Perdana Menteri, Pedro Sánchez dijadualkan melawat kawasan terjejas pada Ahad bagi meninjau operasi pemadaman dan keadaan mangsa yang terkesan.
Pada masa ini, Sepanyol sedang berdepan 12 kebakaran hutan besar yang dibawa oleh angin kencang serta cuaca panas melampau.
Setakat ini, tujuh nyawa terkorban manakala keluasan kawasan yang musnah dianggarkan menyamai saiz bandar London.
Agensi Meteorologi Kebangsaan (AEMET) turut mengeluarkan amaran risiko kebakaran melampau di utara dan barat negara itu, dengan suhu diramal melebihi 40°C di sepanjang kawasan pantai utara. -REUTERS