JAKARTA, 17 Ogos – Indonesia meraikan ulang tahun kemerdekaan ke-80 dengan penuh istiadat menerusi satu upacara rasmi pada Ahad yang turut dihadiri Presiden Prabowo Subianto.
Sambutan bersejarah itu diserikan dengan persembahan akrobat udara, manakala acara kemuncaknya ialah upacara menaikkan bendera kebangsaan serta pembacaan Proklamasi Kemerdekaan Indonesia.
Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan muzik dan tarian yang melibatkan ramai peserta serta tetamu, sebelum disusuli dengan majlis penurunan bendera pada sebelah petang.
Prabowo, yang memenangi pilihan raya presiden tahun lalu, secara rasmi mengambil alih jawatan pada Oktober. -REUTERS