fb fb fb fb fb

Israel serang tapak tenaga di Yaman, sasar kumpulan Houthi

Foto REUTERS

BAITULMAQDIS, 17 Ogos -Tentera Israel pada Ahad mengesahkan telah melancarkan serangan ke atas sebuah tapak infrastruktur tenaga di Yaman yang didakwa digunakan oleh kumpulan Houthi.

Tentera Israel menyasarkan lokasi "jauh di dalam wilayah Yaman", berhampiran ibu negara Sanaa dan "tapak infrastruktur tenaga yang digunakan Houthi", menurut tentera Israel dalan satu kenyataan.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak memperincikan lokasi sebenar atau jenis sasaran yang dimusnahkan.

Serangan itu merupakan tindakan terbaru Israel terhadap kumpulan Houthi yang disokong Iran, yang telah melancarkan pelbagai serangan ke atas Israel sejak tercetusnya perang di Gaza. - AFP

TETITIA YUSOFF