fb fb fb fb fb

Rusia hasilkan ubat anti COVID-19 baharu

(FOTO AFP)

VLADIVOSTOK, 11 April - Moscow memperuntukkan sebanyak RM20 juta untuk menghasilkan Mir-19 iaitu sejenis ubat anti COVID-19 baharu yang dibangunkan oleh saintis negara itu.

Ubat tersebut berperanan menghentikan jangkitan virus dan menghalang gejala paling teruk.

Perdana Menteri, Mikhail Mishustin sudah pun menandatangani dekri mengenai peruntukan dana tersebut.

(FOTO AFP)

Dana itu akan disalurkan kepada Institut Imunologi Badan Perubatan dan Biologi Persekutuan milik kerajaan yang juga berperanan sebagai pembuat ubat-ubatan.

Wang itu juga akan digunakan untuk menaik taraf dan membeli peralatan perubatan yang diperlukan.

Mir-19 didaftarkan Kementerian Kesihatan Rusia pada 22 Disember 2021.

Ubat itu boleh mencegah serta merawat jangkitan Covid-19 menerusi sistem pulmonari atau intranasal.

Media Baharu