fb fb fb fb fb

Filipina, China bincang usaha kekal keamanan di Laut China Selatan

MANILA, 11 April- Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dan rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping mengadakan perbincangan sebagai usaha mengekalkan keamanan di laluan perairan Laut China Selatan.

Perbincangan dibuat menerusi panggilan telefon pada Jumaat.

Kedua-dua pemimpin menekankan keperluan untuk melaksanakan usaha bagi mengekalkan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Laut China Selatan.

Bulan lalu, Manila dan Beijing bertelagah mengenai kapal Pengawal Pantai China yang didakwa boleh meningkatkan risiko pelanggaran.

Ia adalah kes terbaharu daripada sejumlah 200 kes yang difailkan Manila berhubung aktiviti negara jirannya itu di laluan berkenaan.

(Terumbu Chigua terletak di sekitar Kepulauan Spratly yang menjadi antara kawasan tuntutan bertindih Filipina dan China / Foto AFP)

Kedua-dua negara telah mengemukakan tuntutan hak ke atas Laut China Selatan yang menjadi laluan perdagangan dengan aliran tunai mencecah RM12.6 trilion setiap tahun. -AFP

Media Baharu