fb fb fb fb fb

Protes pelajar, bantah cadangan lanjut penggal Jokowi

JAKARTA, 11 April - Polis Indonesia melepaskan gas pemedih mata dan meriam air terhadap ribuan pelajar yang mengadakan tunjuk perasaan membantah lanjutan penggal Presiden Jokowi.

Ini selepas ura-ura Pilihan Raya Umum akan ditangguhkan untuk memberi laluan pindaan Perlembagaan bagi membolehkan Presiden berkhidmat lebih dua penggal.

(Sebahagian Mahasiswa berkumpul di jalanan sebagai protes membantah lanjutan
penggal Presiden Jokowi)

Tunjuk perasaan turut berlangsung di beberapa kawasan lain di Indonesia, termasuk Sulawesi Selatan, Jawa Barat dan Jakarta. Selain membantah lanjutan penggal Presiden, mereka turut membantah kenaikan harga barang terutamanya minyak masak ketika ini.

Bagaimanapun, tiada laporan mengenai keganasan atau kecederaan, setakat ini. Cadangan lanjutan itu, mendapat momentum sejak kebelakangan ini selepas beberapa tokoh politik berpengaruh menyokongnya.

Semalam, Jokowi, 60 tahun, buat kali kedua dalam seminggu, menggesa anggota Kabinetnya dan ketua keselamatan untuk menamatkan perbincangan mengenai perkara itu.

Beliau menegaskan pilihan raya umum akan diadakan pada 2024 seperti dirancang.

Media Baharu