fb fb fb fb fb

21 terbunuh, 16 hilang akibat taufan Megi

MANILA, 11 April- Banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan oleh ribut tropika Megi di Filipina telah meragut 21 nyawa manakala 16 yang lain masih hilang.

Media Xinhua melaporkan, Ribut Megi melanda wilayah tengah Filipina pada pagi Ahad dan telah menjejaskan lebih 136,000 penduduk.

Menurut Agensi Pengurusan Risiko dan Bencana Kebangsaan pula, lebih 13,000 orang telah dipindahkan ke pusat pemindahan dan sebahagian yang lain tinggal bersama saudara mara.

(Keadaan angin kencang susulan taufan Megi di wilayah tengah Filipina / Foto AFP)

Terletak di Lingkaran Api Pasifik, Filipina merupakan antara negara paling kerap ditimpa bencana, termasuk gunung berapi aktif, gempa bumi dan sekitar 20 taufan membadai negara itu setiap tahun, menyebabkan kejadian banjir dan tanah runtuh. -AFP

Media Baharu