JAKARTA, 11 April - Kuota haji 2022 akan diberi keutamaan kepada jemaah haji tahun 2020 yang tertangguh susulan pandemik COVID-19.
Ketua Pengarah Haji dan Umrah di Kementerian Agama, Hilman Latief berkata jemaah yang akan berangkat ke tanah suci tahun ini adalah mereka yang berusia bawah 65 tahun.
Jelas Hilman, had umur jemaah yang dibenarkan menunaikan haji pada tahun ini adalah terhad. Namun, sekatan kuota berbeza dengan peraturan bagi jemaah umrah.
Arab Saudi mahu memastikan jemaah tidak mempunyai masalah kesihatan berikutan pandemik Covid-19 belum hilang sepenuhnya.
Sementara itu, Menteri Agama, Yaqut Cholil Qoumas menyatakan, Indonesia akan cuba meminta kuota haji tambahan dari Arab Saudi bagi tahun ini.