fb fb fb fb fb

Rusia dakwa tawan sebuah lagi kampung di Dnipropetrovsk

Foto AFP

MOSCOW, 25 Ogos- Tentera Rusia mendakwa telah menawan sebuah lagi kampung di wilayah Dnipropetrovsk di Ukraine, dalam peperangan yang kini berlarutan selama tiga setengah tahun.

Kementerian Pertahanan Rusia memaklumkan, pihaknya telah merampas penempatan Zaporizke di wilayah itu, yang menyaksikan tentera Rusia baru-baru ini mara buat kali pertama ke kawasan terbabit.

Kyiv bagaimanapun menafikan tentera Rusia telah bertapak di wilayah Dnipropetrovsk yang merupakan hab perindustrian penting.

Wilayah tengah Dnipropetrovsk sebelum ini sebahagian besarnya telah terhindar daripada sebarang pertempuran yang telah memusnahkan kawasan timur dan selatan Ukraine.

Dnipropetrovsk bukanlah salah satu daripada lima wilayah Ukraine iaitu Donetsk, Kherson, Lugansk, Zaporizhzhia dan Crimea yang didakwa secara terbuka oleh Moscow sebagai wilayah Rusia.

Terdahulu Ukraine menyatakan, Rusia telah melancarkan lebih 100 dron pada Isnin, membunuh seorang pemandu awam berusia 37 tahun dan mencederakan dua orang di timur laut wilayah Sumy.

Moscow pula berkata Kyiv telah melancarkan kira-kira 24 dron menyasarkan barat Rusia. -AFP

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello