fb fb fb fb fb

Rusia cuba serangan baharu di Ukraine - Zelenskiy

Volodymyr Zelenskiy dalam persidangan 'Ukraine. Tahun 2024' /REUTERS

KIEV, 26 Februari- Pasukan Rusia sedang bersiap sedia untuk serangan baru terhadap pertahanan Ukraine pada akhir Mei, tetapi Kiev mempunyai rancangan perangnya sendiri, kata Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy pada Ahad.

Pemimpin Ukraine dalam satu sidang media berkata, Barat perlu bersatu dalam menghadapi serangan baru Rusia selain menjangkakan kesukaran bakal berlaku dua bulan akan datang.

"Rusia akan menyediakan tindakan serangan balas pada permulaan musim panas atau akhir Mei. Jika mereka mampu, mereka akan bersedia," kata Zelenskiy kepada pemberita di Kiev.

"Kami akan bersedia untuk serangan mereka. Saya percaya serangan mereka pada 8 Oktober tidak membawa apa-apa hasil. Kami akan menyediakan rancangan kami dan mengikutinya."

Zelenskiy berkata, 31,000 askar Ukraine terbunuh sejak Februari 2022.

Beliau yakin Kongres Amerika Syarikat akan meluluskan bantuan ketenteraan dan kewangan kepada negara itu dalam masa sebulan.

Situasi perang Ukraine bergantung kepada sokongan Barat, katanya. Kesatuan Eropah (EU) hanya membekalkan 30% daripada 1 juta peluru seperti yang dijanjikan.

Rusia berjaya menawan medan perang sejak sejak Mei tahun lepas dan menawan bandar Avdiivka, lokasi tentera Ukraine menyelamatkan diri daripada ditawan.

"Mereka tahu bahawa kami memerlukan sokongan dalam tempoh sebulan," katanya sambil menambah bahawa dia "positif" mengenai prospek peluru berpandu jarak jauh yang dibekalkan ke Kiev oleh rakan kongsinya.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI