DURBAN, 25 Februari- Sekurang-kurangnya sembilan penyokong parti pemerintah, Kongres Nasional Afrika (ANC) di Afrika Selatan terbunuh dalam nahas sebuah bas, awal hari ini.
Menurut polis, kesemua mangsa dalam perjalanan pulang selepas menghadiri perhimpunan penting ANC di sini.
Kira-kira 70 orang berada dalam bas terbabit yang hilang kawalan dan terbabas berhampiran bandar Paulpietersburg.
Lapan maut di lokasi kejadian dan seorang meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital, manakala puluhan yang lain cedera serta kritikal.
Mangsa adalah antara puluhan ribu orang yang hadir di stadium bola sepak di sini untuk pelancaran manifesto pilihan raya parti ANC, semalam.
Rakyat Afrika Selatan mengundi dalam pilihan raya kebangsaan dan wilayah pada 29 Mei depan. -AFP