fb fb fb fb fb

Rusia akan tingkat import pisang dari India

FOTO REUTERS

RUSIA, 7 Februari - Rusia mula membeli pisang dari India dan akan meningkatkan import buah itu, kata badan pemerhati keselamatan makanannya pada Selasa.

Kumpulan pertama pisang dari India telah dihantar ke Rusia pada Januari dan seterusnya dirancang pada akhir Februari, kata pemerhati Rusia Rosselkhoznadzor, sambil menambah bahawa "jumlah eksport pisang India ke pasaran Rusia akan meningkat."

Rosselkhoznadzor minggu lalu menggantung import pisang daripada lima syarikat Ecuador, dengan mendakwa mereka mengesan ada sesuatu yang merosakkan produk mereka.

Agensi keselamatan makanan Ecuador berkata pada Selasa hanya 0.3% daripada penghantaran pisang ke Rusia didapati mengandungi serangga dan tidak menimbulkan risiko, menurut laporan media Ecuador.

Hubungan perdagangan Rusia dengan India semakin erat sejak 2022, apabila negara-negara Barat mengenakan sekatan ke atas Moscow kerana pencerobohannya ke atas Ukraine, memaksanya mencari perdagangan yang lebih besar dengan China, India dan negara-negara bukan Barat yang lain.

Rusia merupakan pengimport terbesar pisang Ecuador pada 2022, dan Ecuador membekalkan 20-25% daripada eksport pisang tahunannya ke Rusia sebelum pencerobohan 2022, menurut FAO.

India yang merupakan pengeluar pisang utama, juga menyatakan minat untuk membekalkan buah-buahan lain seperti mangga, nanas, betik dan jambu batu ke pasaran Rusia, kata Rosselkhoznadzor. - REUTERS

TETITIA YUSOFF