fb fb fb fb fb

Rusia akan diletak bawah pemantauan UNHRC

(Undian itu dibuat beberapa bulan selepas Rusia dipecat
daripada UNHRC kerana mencerobohi Ukraine/REUTERS)

GENEVA, 7 Oktober - Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNHRC) bersetuju memantau situasi hak asasi di Rusia, resolusi pertama tertumpu kepada pencabulan di dalam negara.

Badan hak asasi PBB yang dianggotai 47 anggota itu menerima draf teks yang dibentangkan oleh semua negara Kesatuan Eropah kecuali Hungary, dengan 17 negara mengundi menyokong melantik pelapor khas untuk memantau Rusia.

Dua puluh empat negara berkecuali, manakala enam mengundi 'menolak', termasuk China, Cuba dan Venezuela.

Undian itu dibuat beberapa bulan selepas Rusia dipecat daripada UNHRC kerana mencerobohi Ukraine.

Terdahulu sebelum pengundian, duta Rusia Gennady Gatilov menyelar langkah itu dan menyataknnya hanyalah satu lagi contoh "cara negara Barat menggunakan majlis berkenaan untuk mencapai matlamat politik mereka."-AFP

(Barangan milik askar Rusia yang musnah diserang hendap oleh Tentera Ukraine di
bandar Lyman/AFP)

Media Baharu