fb fb fb fb fb

Erdogan, Putin bincang perbaiki hubungan, tamatkan perang Ukraine-Rusia

(Foto REUTERS)

ISTANBUL, 8 Oktober- Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berhubung dengan rakan sejawatnya, Presiden Rusia, Vladimir Putin bagi meningkatkan hubungan dua hala dan mengulangi kesediaan Ankara untuk menyelesaikan konflik Ukraine-Rusia secara aman.

Menurut Direktorat Komunikasi Turki, perkembangan terkini di Ukraine turut dibincangkan menerusi panggilan telefon tersebut.

Anggota NATO, Turkiye mempunyai hubungan rapat dengan kedua-dua negara, Rusia dan Ukraine telah berusaha untuk mengimbangi hubungan semasa perang, menentang sekatan ke atas Moscow serta mengkritik pencerobohan Rusia dan turut membekalkan Kiev dengan dron bersenjata.

Selain itu, Turkiye bersama-sama Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menjadi perantara bagi perjanjian pada Julai lalu untuk membuka sekatan eksport bijirin Ukraine dari pelabuhan Laut Hitam. Ia merupakan satu kejayaan bagi menangani konflik Ukraine-Rusia.-REUTERS


(Presiden Rusia dan Presiden Turkiye berjabat tangan semasa pertemuan
di luar sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di Samarkand, Uzbekistan 16 September 2022/REUTERS

Media Baharu