fb fb fb fb fb

Universiti Columbia capai penyelesaian AS$165 juta dengan mangsa dera bekas doktor

(Robert Hadden, ketika dituduh di mahkamah pada 2016 / TWITTER)

NEW YORK, 8 Oktober- Universiti Columbia dan hospital gabungannya mengesahkan penyelesaian berjumlah AS$165 juta telah dicapai dengan hampir 150 pesakit bekas pakar sakit puan, yang dituduh melakukan penderaan seksual.

Robert Hadden, bekas pakar sakit puan, mengaku bersalah pada 2016 atas dua pertuduhan di negeri New York atas perbuatan jenayah seks.

Hadden kini sedang menunggu perbicaraan di mahkamah persekutuan atas lapan pertuduhan atas dakwaan penderaan seksual dari 1993 hingga 2012.

Penyelesaian AS$71.5 juta telah dicapai pada bulan Disember antara institusi itu dan 79 wanita, yang merupakan pesakit Hadden.

Pada Jumaat, universiti itu berkata dalam satu kenyataan bahawa Pusat Perubatan Columbia University Irving dan hospital NewYork-Presbyterian mencapai persetujuan dengan baki kumpulan 147 pesakit dengan jumlah AS$165 juta.

Universiti itu menambah bahawa Hadden tidak bekerja sebagai doktor sejak 2012.

Pihak hospital akan mewujudkan dana pampasan untuk mengagihkan wang itu, tambah kenyataan itu.

"Kami amat kesal dengan kesakitan yang dialami oleh pesakit Robert Hadden dan berharap penyelesaian ini akan memberikan sedikit sokongan kepada wanita yang disakitinya. Semua mereka yang tampil ke hadapan harus diberi pujian," kata universiti itu.

Wakil Hadden bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Penyelesaian penderaan seksual adalah yang terbaharu melibatkan institusi akademik A.S. yang berprestij.

Pada bulan September, Universiti Michigan berkata penyelesaian berjumlah AS$490 juta dengan lebih 1,000 orang yang mendakwa serangan seksual oleh bekas doktor sukan telah dimuktamadkan- REUTERS


(Pusat Perubatan Unoversiti Columbia / WIKIPEDIA)

Media Baharu