fb fb fb fb fb

Runtuhan sekolah: Beberapa lagi mayat ditemukan

Runtuhan membabitkan timbunan konkrit, dengan ruang yang sangat sempit dan tidak stabil/AFP

INDONESIA, 1 Oktober - Beberapa lagi mayat mangsa insiden runtuhan sebuah sekolah di Sidoarjo, Jawa Tengah di sini, berjaya ditemukan pasukan penyelamat.

Bagaimanapun, jumlah sebenar mayat yang baharu ditemukan itu belum diumum secara rasmi oleh pihak berkuasa.

Sebelum ini, tiga kematian dan lebih 100 kecederaan disahkan akibat insiden itu.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB), Abdul Muhari memaklumkan, 38 lagi individu dipercayai masih tertimbus di bawah runtuhan dengan pasukan penyelamat mengesan tanda-tanda mangsa yang masih hidup.

Oksigen dan air disalur bagi membolehkan mereka terus bertahan hidup ketika operasi mengalihkan sisa runtuhan giat dijalankan pelbagai pihak.

Ketua Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) Indonesia, Mohammad Syafii memberitahu, runtuhan membabitkan timbunan konkrit, dengan ruang yang sangat sempit dan tidak stabil.

"Namun, masih ada kemungkinan mangsa yang boleh diselamatkan. Oleh itu, kerja-kerja penyelamatan perlu dilakukan menggunakan kaedah khusus," katanya.

Pondok Pesantren Al Khoziny setinggi empat tingkat, runtuh pada petang Isnin lalu.

Punca insiden masih disiasat pihak berkuasa.-AFP

ANDY REZA ROHADIAN BIN KHAIRUL ANWAR