BUSAN, 1 Oktober - Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung, pada Selasa menjadi tuan rumah kepada Perdana Menteri Jepun yang akan tamat tempoh perkhidmatan, Shigeru Ishiba, dalam satu lawatan persahabatan bagi menzahirkan komitmen kedua-dua negara itu untuk memperbaiki hubungan dua hala serta memperkukuh kerjasama dalam bidang perdagangan.
Menurut jurucakap Presiden Korea Selatan, kedua-dua pemimpin turut bersetuju untuk bekerjasama menangani ketidaktentuan perdagangan global, di samping mengulangi komitmen terhadap usaha nuklear bebas di Korea Selatan.
Lee meneruskan dasar pendekatan berhati-hati terhadap Jepun dalam isu keselamatan dan perdagangan, sejajar dengan usaha pendahulunya untuk merapatkan hubungan selepas bertahun-tahun ketegangan akibat isu sejarah perang Jepun.
Sementara itu, Ishiba menyatakan harapan agar Korea Selatan dan Jepun akan terus bekerjasama dengan lebih rapat berbanding mana-mana negara lain.
Parti Demokratik Liberal (LDP) dijangka memilih pemimpin baharu pada 4 Oktober ini. Pemimpin baharu itu bakal dilantik sebagai perdana menteri, seterusnya bertemu Lee di Bandaraya Busan sempena lawatan dua hari ke Korea Selatan.- REUTERS