MANILA, 1 Oktober - Angka korban akibat gempa bumi dengan magnitud 6.9 yang melanda wilayah tengah Filipina meningkat kepada 69 individu, menurut pegawai agensi bencana negara itu.
Ketika ini kerajaan menggerakkan agensi berkaitan bagi mencari mangsa terselamat serta memulihkan bekalan elektrik dan air.
Menurut pegawai Pertahanan Awam, Raffy Alejandro, hospital dilaporkan tidak dapat menampung jumlah pesakit yang ramai.
Gempa tersebut turut menyebabkan gangguan bekalan elektrik dan meruntuhkan beberapa bangunan termasuk sebuah gereja berusia lebih 100 tahun.
Bagaimanapun Lapangan Terbang Antarabangsa Mactan-Cebu, pintu masuk kedua tersibuk negara itu, dilaporkan kekal beroperasi seperti biasa.
Kawasan utara Cebu, termasuk San Remigio, antara yang paling terjejas teruk dan telah diisytiharkan sebagai kawasan bencana bagi memudahkan operasi tindak balas dan bantuan.- REUTERS