fb fb fb fb fb

Rundingan Miami fokus hentikan pelanggaran gencatan senjata Israel di Gaza

Hentikan pelanggaran gencatan senjata Israel di Gaza / Foto AFP

GAZA CITY, 19 Disember - Rundingan di Miami untuk memajukan fasa seterusnya gencatan senjata di Gaza mesti bertujuan untuk menghentikan 'pelanggaran' gencatan senjata Israel di wilayah Palestin.

Menurut ahli biro politik Hamas, Bassem Naim, rakyatnya mengharapkan rundingan tersebut menghasilkan satu perjanjian untuk menamatkan kekejaman yang sedang berlaku oleh Israel, juga menghentikan semua pelanggaran dan memaksa pihak pendudukan mematuhi perjanjian Sharm el-Sheikh.

Perbincangan itu dianjurkan oleh Amerika Syarikat, dengan utusan khas Presiden Donald Trump, Steve Witkoff, dijangka bertemu pegawai kanan dari negara perantara Qatar, Mesir dan Turki di Florida bagi memperkukuhkan peringkat kedua perjanjian gencatan senjata tersebut.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN