fb fb fb fb fb

Rundingan Hamas-Israel bermula di Mesir

Rundingan di Sharm El-Sheikh itu dianggap sebagai langkah penting ke arah mewujudkan gencatan senjata sementara/Foto AFP

SHARM EL-SHEIKH, MESIR, 6 Oktober - Rundingan pelan damai antara delegasi Hamas dan Israel bermula di Mesir bagi membincangkan pertukaran tahanan serta gencatan senjata di Gaza.

Menurut Al-Qahera News kedua-dua pihak kini membincangkan persiapan dan mekanisme pelaksanaan pembebasan tahanan dan tebusan selaras dengan cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bagi menamatkan konflik di Gaza.

Media itu turut melaporkan bahawa Mesir dan Qatar bertindak sebagai pengantara utama, dengan usaha tertumpu kepada mewujudkan pelan terperinci bagi memastikan pelaksanaan pertukaran tahanan berlangsung secara aman dan teratur.

Rundingan di Sharm El-Sheikh itu dianggap sebagai langkah penting ke arah mewujudkan gencatan senjata sementara, selepas lebih dua tahun konflik berdarah yang telah mengorbankan puluhan ribu rakyat Palestin. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN