KIEV, 30 April- Rundingan damai Ukraine - Rusia dijangka bakal ditamatkan ekoran pertempuran baharu di timur negara itu, baru-baru ini.
Demikian tegas Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy.
Perkara ini juga didorong oleh bantuan sebanyak AS$33 bilion oleh penggubal undang-undang Amerika Syarikat (AS) yang mahu mempercepatkan bantuan kepada Ukraine menentangan Rusia.
Pada Khamis, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengadakan lawatan ke Kiev.
Perbincangan sedang dibuat untuk memindahkan orang awam dari kilang keluli di Mariupol, yang kini diserang hebat Rusia.
Reuters turut diberitahu, ratusan orang awam terperangkap di sebuah loji sejak beberapa minggu selepas cubaan memindahkan mereka gagal.
(Konflik Ukraine-Rusia bagai tiada kesudahan/AFP)
Pejabat Zelenskiy berkata, operasi pemindahan itu telah dirancang namun tiada pergerakan dilaporkan sehingga malam.
Pemimpin Ukraine itu kemudiannya menyuarakan rasa tidak yakin terhadap rundingan damai yang dibuat bersama Rusia.
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov menuduh Kiev menukar pendirian kerana mendapat tekanan AS dan Britain.
Zelenskiy dilihat memuji tawaran bantuan yang dibuat Presiden Joe Biden pada Khamis, iaitu berjumlah hampir 10 kali ganda bantuan disalurkan Washington sejak Ukraine diceroboh pada 24 Februari lalu. -REUTERS