fb fb fb fb fb

COVID-19: Rawatan antiviral Paxlovid tidak berkesan

NEW YORK, 30 April- Percubaan rawatan antiviral oral COVID-19 Paxlovid tidak berkesan dalam mencegah jangkitan kepada individu yang terdedah dengan virus dan mereka yang tinggal bersama.

Menurut Pfizer Inc percubaan itu melibatkan 3,000 orang dewasa selaku kenalan isi rumah yang terdedah kepada individu yang memiliki simptom, dan diuji positif COVID-19.

Mereka diberi Paxlovid selama lima atau 10 hari, atau plasebo.

Hasil kajian untuk mereka yang mengambil ubat selama lima hari mendapati 32 peratus kurang kemungkinan dijangkiti daripada kumpulan plasebo.

Namun, meningkat kepada 37 peratus dengan 10 hari Paxlovid.

Bagaimanapun, keputusan berkenaan dianggap tidak signifikan secara statistik dan mungkin berlaku secara kebetulan.

(FOTO AFP)

Pfizer berkata, data keselamatan berdasarkan kajian itu konsisten yang menunjukkan pil berkenaan berkesan 90 peratus mencegah kemasukan ke hospital dalam kalangan individu berisiko tinggi apabila diambil selama lima hari sejurus selepas permulaan simptom.

Dalam satu kenyataan Ketua Eksekutif Pfizer Albert Bourla berkata meskipun pihaknya kecewa dengan hasil kajian itu, ia bagaimanapun tidak memberi kesan kepada keberkesanan dan data keselamatan yang kukuh untuk rawatan pesakit COVID-19.

Malah, penggunaan global Paxlovid yang semakin meningkat dalam populasi itu.

Paxlovid yang terdiri daripada dua ubat antivirus berbeza kini diluluskan dan dibenarkan untuk kegunaan bersyarat atau kecemasan di lebih 60 negara di seluruh dunia untuk merawat pesakit COVID-19 berisiko tinggi. -REUTERS

Media Baharu