fb fb fb fb fb

Gelombang kelima COVID-19 di Afrika Selatan lebih awal

JOHANNESBURG, 30 April- Afrika Selatan mungkin memasuki gelombang COVID-19 kelima lebih awal daripada jangkaan selepas peningkatan berterusan dalam jangkitan sepanjang dua minggu lalu.

Peningkatan didorong oleh subvarian BA.4 dan BA.5 Omicron.

Negara yang mencatatkan kes dan kematian COVID-19 paling banyak itu hanya keluar daripada gelombang keempat sekitar Januari lalu dan telah meramalkan gelombang kelima pada Mei atau Jun.

Menteri Kesihatan Joe Phaahla memberitahu walaupun kemasukan ke hospital semakin meningkat, tiada perubahan dramatik dalam kemasukan ke unit rawatan rapi atau kematian.

(Afrika Selatan mencatatkan kes dan kematian di benua Afrika/ AFP)

Beliau berkata pada peringkat ini pihak berkuasa kesihatan belum dimaklumkan mengenai sebarang varian baharu.

Afrika Selatan telah melaporkan lebih daripada 3.7 juta kes COVID-19 dan lebih 100,000 kematian akibat wabak itu.

Pegawai kanan kesihatan, Nicholas Crisp, berkata negara itu mempunyai dos vaksin yang mencukupi dan tidak merancang untuk mendapatkan lebih banyak.

Beliau berkata kerajaan juga tidak bercadang untuk membeli pil rawatan COVID Pfizer Paxlovid untuk pesakit sektor awam, sebahagiannya kerana ia sangat mahal. -REUTERS




Media Baharu