fb fb fb fb fb

Rubio sertai sebahagian rundingan Ukraine di Miami

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio/Foto REUTERS

MIAMI, 20 Disember – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio memaklumkan bahawa beliau berkemungkinan akan menyertai sebahagian rundingan mengenai Ukraine pada Sabtu di Miami.

Rundingan tersebut diadakan pada Jumaat dan Sabtu.

Ketua delegasi Kiev, Rustem Umerov berkata perunding keamanan Ukraine akan memulakan pusingan rundingan baharu bersama pasukan Amerika Syarikat mengenai cadangan untuk menamatkan perang dengan Rusia.

Seorang pegawai White House memaklumkan kepada Reuters bahawa utusan White House, Steve Witkoff, dan menantu Presiden Donald Trump, Jared Kushner, turut merancang untuk bertemu delegasi Rusia di Miami hujung minggu ini, bagi meneruskan usaha mencapai persetujuan menamatkan pencerobohan Moscow ke atas Ukraine. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN