fb fb fb fb fb

Ketegangan Venezuela: AS jalankan latihan ketenteraan di Puerto Rico

Foto REUTERS

PUERTO RICO, 20 Disember – Tentera Amerika Syarikat (AS) melaksanakan latihan ketenteraan di lapangan terbang Ponce dan Aguadilla, Puerto Rico, susulan tekanan Presiden Donald Trump terhadap Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, yang telah meningkatkan kehadiran ketenteraan AS di kawasan Caribbean.

AS dilaporkan telah menjalankan serangan terhadap kapal yang disyaki terlibat dalam aktiviti dadah di rantau tersebut, merampas sebuah kapal tangki minyak yang dikenakan sekatan berhampiran pantai Venezuela, serta mengisytiharkan “sekatan perairan” ke atas semua kapal tangki minyak yang memasuki dan meninggalkan Venezuela.

Presiden Trump juga berulang kali memberi amaran bahawa serangan di darat terhadap Venezuela dijangka berlaku tidak lama lagi.

Sementara itu, Maduro dan pemerintahannya menafikan sekeras-kerasnya sebarang kaitan dengan jenayah, serta mendakwa bahawa AS berusaha menyingkirkannya bagi menguasai rizab minyak Venezuela yang luas. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN