fb fb fb fb fb

Detik cemas penumpang roller coaster 'tergantung ke bawah'

FOTO REUTERS

OSAKA CITY, 14 Disember- Sekumpulan pengunjung sebuah taman tema di sini, Jepun berdepan detik cemas apabila permainan roller coaster yang dinaiki mereka berhenti secara tiba-tiba di tengah perjalanan.

Insiden berlaku hari ini di Universal Studios Japan (USJ) melibatkan roller coaster The Flying Dinosaur yang bertemakan filem Jurassic Park.

Lebih mencemaskan, ia berada pada landasan 'tergantung' menyebabkan penumpang berada dalam posisi ke bawah.

Bagaimanapun, kesemua mereka selamat selepas dibawa turun melalui tangga khas di laluan kecemasan oleh pihak berkuasa. -Reuters

1412 BD ROLLER COASTER JEPUN 2FOTO REUTERS

SITI AISHAH BINTI MD ISA